- Kisah 3 Aqil (1st day) -
Loceng tamat berbunyi, seorang demi seorang warga 3Aqil melangkah masuk kedalam kelas, kedengaran bisikan sesama mereka.. "Ehhh.... sape nii..? kakak kau ke..?" tanya salah seorang murid pada rakannya.. "Cikgu baru kot..", "Cikgu ni sesi pagi ke petang"
(halamakk.. Diriku kaku membeku dan hanya mampu memberikan senyuman pada mereka..)
Selepas memberi salam dan membaca doa penerang hati, ku mula perkenalkan diri pada anak2 jagaan ku..
" Baiklah murid-murid.. nama cikgu, Siti Nursyazana Binti Mohamad Dahlan, kamu boleh panggil Cikgu Siti, cikgu akan menggantikan tempat Cikgu Asuwad buat sementara waktu selaku guru kelas kamu, guru b.melayu, pend.seni dan PJK.. Umur cikgu 20.. cikgu lepasan STPM.. " kemudian seorang murid mengangkat tangan lantas bertanya, "Cikgu dah ade pakwe ke...?".. "Belum, cikgu belum ada pakwe.." murid ku membidas kata2 ku, "tipulah.. cikgu comel tak ada pakwe..", hatiku mengomel sendirian, alahai.. anak zaman sekarang sangat advance..
10min kemudian, selepas sesi suai kenal berjalan dengan lancar, aku ‘pancing’ anak2 jagaanku dengan satu baris ayat yang pastinya menarik minat mereka.. “ok murid2, sapa nk main game.. angkat tangan...!!!!” hahahaha...!! dengan sepantas kilat tanpa seorang pun yang ketinggalan untuk mengangkat tangan menandakan mereka setuju untuk bermain game sebagai permulaan hari bersama Cikgu Siti.. Bermula lahh kisah ku dikelas 3 Aqil.... ^_^
Segalanya berjalan dengan lancar sehingga minggu yang seterusnya.. Kerjaya ini sangat menguji diriku dalam berhadapan dengan karenah anak2 bawah usia sekaligus memikul tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan menggalas segala urusan d atas bahu sendiri.. ohh, makk ayahh...!! pastinya mereka tersenyum karna putry tunggal mereka sudah pandai berdikari.. yeay..!! saya bukan anak manja lagikk~ ;p
Sekarang aku sedang dilamun chenta bersama mereka.. Saban hari, tidak sabar hatiku untuk ketemu mereka, melayani karenah mereka, mendengari celoteh mereka meskipun kadangkala perkara itu amat menyemakkkann kepala aku...!! hahahah...
luv u ollss my syg's 3 Aqil + 3 Danish....
No comments:
Post a Comment